Kelapa variati baru tingkat pendapatan penduduk

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM300,000 bagi menyediakan pokok kelapa variati baru bagi membantu penduduk meningkatkan pendapatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, seramai 100 peserta dari 13 Dewan Undangan Negeri (Dun) akan menerima benih kelapa terbabit.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 500 benih kelapa untuk diagihkan kepada 100 penerima di setiap Dun.

“Kempen tanam kelapa diperkenal tahun ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan kelapa sebagai sumber pendapatan baru rakyat di Kelantan.

“Selain pokok kelapa peserta juga akan menerima baja sebanyak 10 kilogram,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan ‘Kempen Tane Nyor Al Falah’ Dun Chempaka semalam.

Program berkenaan diadakan di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa. Turut Hadir Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood. – HARAKAHDAILY 23/10/2020

- Advertisement -