Perkeso bantu pencarum hilang kerja

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penularan wabak Covid-19 menyebabkan seramai 1,914 pekerja di Kelantan hilang pekerjaan.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Nora Yaacob berkata, mereka mendapat manfaat dan bayaran Elaun Mencari Pekerjaan daripada Perkeso.

- Advertisement -

Katanya, mereka hilang pekerjaan selepas majikan terpaksa menghentikan operasi disebabkan masalah kewangan berpunca masalah tersebut.

“Perkeso sentiasa berusaha meluaskan liputan jaringan sosial melalui Akta Keselamatan Insurans Pekerjaan 2017 bagi membantu meringankan beban pencarum.

“Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diperkenal kerajaan dan Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan 3,049 kes berjaya diproses.

“Pekerja dipastikan terus mendapat gaji dan majikan boleh meneruskan operasi semasa mengharungi pandemik Covid-19,” katanya di sini.

Menurutnya juga, Perkeso menyediakan portal Myfuture Jobs sebagai platform untuk majikan mengiklankan jawatan kosong bagi memberi peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan membuat permohonan. – HARAKAHDAILY 23/10/2020

- Advertisement -