Selangor Sejahtera bersama Muafakat Nasional

- Advertisement -

KETIKA termeterainya piagam Muafakat Nasional, pelbagai persepsi dan andaian dibuat terhadap kesepaduan ini. Ada juga yang jelas gerun dengan penyatuan ini hingga meramalkan piagam dan muafakat ini bakal karam dalam masa yang singkat sahaja.

Namun, kapal yang dikemudi hasil gabungan dua nakhoda yang sudah lama berseteru ini telah memberi impak besar kepada orientasi politik Malaysia. Rakyat meyakini Muafakat Nasional memberi manfaat bukan sahaja kepada penyatuan bangsa Melayu tetapi juga kepada keharmonian dan kesepakatan seluruh rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Biarpun musuh telah menembak peluru fitnah tanpa henti untuk memecahkan tembok Muafakat Nasional namun ia sering gagal. Rakyat dilihat matang menilai kepimpinan negara yang lebih menitikberatkan kebajikan rakyat daripada bermain isu persepsi dan fitnah.

Marilah kita bergerak seiring memajukan Malaysia di samping terus meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara Malaysia yang tercinta.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera.”

USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
21 Oktober 2020/4 Rabi’ul Awwal 1442 H – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -