Pusat pemindahan ambil kira situasi Covid

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenal pasti beberapa lagi lokasi sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang.

Pengarahnya, Zuhami Omar berkata, setiap PPS dipastikan ada penjarakkan fizikal melibatkan mangsa-mangsa banjir.

- Advertisement -

Katanya, sehingga sekarang sebanyak 568 PPS sudah dikenal pasti bagi menampung 135,045 mangsa banjir di seluruh Terengganu.

“PPS terbabit disenaraikan JKM sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya beberapa lokasi tambahan dikenal pasti yang melibatkan sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti untuk dijadikan PPS bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Kata beliau juga pihaknya mengagihkan barangan keperluan dan makanan untuk kegunaan mangsa banjir di 17 mini depoh dan 152 pangkalan hadapan di seluruh negeri itu. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -