‘Warung Rider’ sedia peluang kerja

- Advertisement -

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menyasarkan 20 ‘Warung Rider’ di setiap 24 kawasan Parlimen di Perak yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkhidmatan penghantaran itu dijangka menyediakan 1,200 peluang pekerjaan kepada anak-anak penjaja golongan B40.

- Advertisement -

Malah katanya peluang juga boleh direbut belia menganggur, golongan asnaf dan anak ahli yang berdaftar dengan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia.

“Menariknya Warong Rider turut menawarkan penghantaran dokumen, bungkusan, ubat-ubatan, barangan dapur dan khidmat belian barangan.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu penjaja kecil, peniaga makanan dan pengeluar produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya ketika melancar Warung Rider hari ini. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -