SKMM permudah pemain radio amatur daftar

MACHANG: Pengendali radio amatur disaran menggunakan peralatan berkenaan secara sah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Kelantan Abd Mubin Mohd Zain berkata, pihaknya tidak menafikan ramai pemain radio amatur beroperasi secara haram.

Advertisement

Kata beliau pihaknya sedang mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka sehingga ramai belum mendaftar secara sah.

“Insya Allah dalam perancangan kami pada masa akan datang untuk memudahkan pemain radio amatur supaya mendaftar secara sah,” katanya ketika ditemui pada pertemuan antara SKMM bersama Adun Pulai Chondong Ustaz Azhar Salleh di sini, semalam.

Pertemuan tersebut diadakan di Pusat Khidmat Dun Pulai Chondong termasuk membincangkan masalah liputan telefon mudah alih di Dun berkenaan. – HARAKAHDAILY 20/10/2020