Anggota polis laksana operasi Covid diserang

- Advertisement -

BACHOK: Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat melawat seorang anggota polis yang cedera selepas diserang sekumpulan pemilik sebuah kedai ketika menjalankan Operasi Pematuhan Covid-19.

Pada kejadian itu semalam, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu Tuan Hafizuddin Tuan Sukeli diserang ketika bertugas di Lembah Sireh, Kota Bharu.

- Advertisement -

Shafien berkata, dua anggota polis iaitu seorang pegawai dan anggota mengalami kecederaan selepas bergelut dengan kumpulan berkenaan.

“Berikutan kejadian itu pegawai dan anggota terbabit mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 sebagai pesakit luar,” katanya selepas melawat anggota terbabit di sini, hari ini.

Menurutnya, polis masih memburu saki-baki kumpulan itu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kecederaan terhadap penjawat awam ketika menjalankan tugas.

Katanya, mereka yang berumur 23 hingga 28 tahun disiasat di bawah Seksyen 353 dan 186 kerana mencederakan pegawai awam ketika melaksanakan tugas. – HARAKAHDAILY 15/10/2020

- Advertisement -