KASA lulus projek atasi masalah banjir

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

MACHANG: Sebanyak 23 projek perparitan dan pemuliharaan sungai membabitkan kos RM460,000 akan dilaksanakan di jajahan Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, peruntukan berkenaan disalurkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi mengatasi masalah banjir akibat sistem saliran dan alor tersumbat.

- Advertisement -

Katanya, antara projek yang bakal dilaksanakan itu pemuliharaan sungai di Sungai Baka di Kampung Kok Kiak dan Sungai Tanah Liat di Kampung Banggol Petai.

“Projek tersebut juga melibatkan Sungai Mas di Kampung Sungai Mas, Sungai Sat (Kampung Gelung Gajah), Sungai Bukit Belah (Kampung Bukit Belah) dan Sungai Kerai (Kampung Temangan).

“Projek berkenaan akan dilaksanakan bermula minggu hadapan oleh kontraktor yang berdaftar di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya selepas majlis cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah peruntukan KASA bagi jajahan Machang di Dewan Majlis Daerah Machang di sini, semalam.

Seramai 23 memperolehi tender berkenaan daripada 168 kontraktor yang memohon projek tersebut.

Turut hadir Timbalan Exco Ustaz Abdul Rahman Yunus, Adun Kemuning Ustaz Mohd Roseli Ismail dan Adun Pulai Chondong, Ustaz Azhar Salleh. – HARAKAHDAILY 15/10/2020

- Advertisement -