Semarak aktiviti budaya, persuratan Sabah

- Advertisement -

SAYA menyokong tindakan dan langkah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang akan membina 11 buah pusat kebudayaan (cultural centre) di daerah terpilih di Sabah.

Saya juga bersetuju dengan kenyataan Menterinya, Datuk Jafry Ariffin yang menyatakan bahawa pusat kebudayaan yang akan dibina itu bukan sahaja untuk mempromosi adat budaya masyarakat tetapi juga untuk tujuan pengkomersialan produk pelancongan.

Usaha ini diyakini dapat menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan persuratan sekali gus memperkenalkan kekayaan budaya masyarakat di Sabah dan hasil karya penggiat seni tempatan.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, aktiviti dan program yang akan dilaksanakan dalam kalangan masyarakat dapat dilakukan dalam suasana harmoni dan muhibah.

Di samping itu, saya berharap apa juga perkara yang dianjurkan mesti menjaga tatasusila dan mematuhi Perlembagaan.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah 
14 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 14/10/2020

- Advertisement -