Anwar tiba di Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 10.25 pagi.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Jaguar berwarna hitam bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini, pagi ini.

- Advertisement -

Anwar sebelum ini memaklumkan sudah mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana disebutkannya sebelum ini.

Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangguhkan tarikh mengambil keterangan Anwar berhubung siasatan penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Anwar diminta memberi keterangan pada 12 Oktober jam 11 pagi telah meminta untuk menangguhkan ke tarikh 13 Oktober iaitu hari ini.

Walau bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed, berkata temu janji terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Sebanyak enam laporan polis dibuat terhadap penyebaran nama 121 Ahli Parlimen dan siasatan dimulakan polis selepas menerima laporan daripada Ahli Parlimen Jerantut, pada 8 Oktober lalu. – HARAKAHDAILY 13/10/2020

- Advertisement -