Perkasa ‘Sosio Takwa’ fokus utama Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pelaksanaan strategi pemerkasaan ‘Amalan Sosio Takwa’ merupakan fokus utama kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Pengarah Pusat Kajian Strategik Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan sebelum ini ditambahbaik dengan merakyatkan MBI dalam semua bidang.

- Advertisement -

Antaranya sektor pendidikan katanya, kerajaan negeri mempunyai Dasar Pendidikan Rabani, pertanian pula ada gerakan pertanian al Falah yang merupakan sebahagian legasi Bertani Satu Ibadah.

“Kita merancang pelan pembangunan strategik pemerkasaan amalan sosio takwa kerana usaha untuk meningkatkan tahap takwa rakyat bukan satu usaha yang mudah serta cabaran sangat besar.

“Hal ini dilakukan sebagai satu pendekatan baru melalui kata kunci untuk mencapai strategi ini 3K iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan kerana ada cabaran yang belum dilepasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada rancangan Bual Bicara dan Info Semasa Kelantan TV di sini semalam yang dihostkan oleh Muhammad Aiman Saipullah dan Faiq Zulkarnain.

Dr Wan Nik membicarakan mengenai tajuk ‘Sosialisasi Membangun Bersama Islam (MBI)’ sempena usia pemerintahan PAS di Kelantan kini mencecah tiga dekad pada 21 Oktober ini. – HARAKAHDAILY 12/10/2020

- Advertisement -