Kadar pematuhan SOP makin meningkat

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Kadar pematuhan rakyat Kelantan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 semakin meningkat berikutan penguatkuasaan ketat polis.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, dalam sehari dua ini jumlah yang dikenakan kompaun semakin menurun berikutan penguatkuasaan ketat.

- Advertisement -

Katanya, jumlah kompaun yang dikenakan menurun kepada 90 peratus berikutan premis perniagaan terutamanya kedai makan memastikan pelanggan mereka mematuhi SOP.

“Alasan yang sering diberikan pelitup tertinggal dalam kereta dan diterbangkan angin ketika menunggang motosikal.

“Alasan itu tidak boleh lagi diterima kerana ia ada dijual di mana-mana.

“Anggota polis akan terus memantau bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya selepas berucap pada majlis lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Menurutnya juga Polis Kelantan mengeluarkan kompaun kepada 819 rakyat Kelantan yang tidak memakan pelitup muka di tempat awam sejak Mac hingga semalam. – HARAKAHDAILY 12/10/2020

- Advertisement -