PAS Lahad Datu bantu budak derita ‘hydrocephalus’

LAHAD DATU: Penderitaan adik Shukree Abdullah, 12 yang menghidapi penyakit ‘hydrocephalus’ (penyakit kepala besar) turut mendapat perhatian PAS Lahad Datu.

Semalam Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu Landari Labobo menyampaikan sumbangan bantuan kerusi roda kepada kanak-kanak terbabit di rumahnya di Kampung Batu 3, Segama.

Advertisement

Beliau berkata, PAS Lahad Datu sentiasa berusaha menjaga kebajikan penduduk terutamanya yang terlantar sakit dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami berusaha membantu sekadar yang termampu untuk berkongsi kesusahan yang dihadapi penduduk terutamanya golongan miskin.

“PAS Lahad Datu hanya merintis usaha itu dan berharap agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat turut membantu bagi meringankan bebanan keluarga kanak-kanak terbabit,” katanya di sini.

Ibu Shukree, Suzannah Samari berkata, anaknya itu menghidap penyakit pembesaran kepala sejak lahir lagi. – HARAKAHDAILY 12/10/2020