Wabak Covid tidak halang Exco turun padang

- Advertisement -

SETIU: Berikutan penangguhan program rasmi kerajaan negeri membolehkan Adun Jabi Dr Azman Ibrahim memberi tumpuan kepada rakyat di kawasan diwakilinya.

Beliau berkata, sekarang peluang baginya menumpu perkhidmatan sepenuhnya di Dun Jabi tanpa meminggirkan tanggungjawab sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Setakat ini program rasmi kerajaan yang melibatkan rakyat ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang ditentukan kerana penularan kembali pandemik Covid-19.

“Namun perkhidmatan kita kepada rakyat tetap berjalan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Program menyantuni kebajikan rakyat tidak boleh tertangguh. Apa pun situasi yang berlaku, rakyat menjadi keutamaan,” katanya selepas menziarahi penduduk di beberapa kampung sekitar Dun Jabi semalam.

Azman juga berkata peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di seluruh negara sekarang begitu membimbangkan.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Wisma Darul Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula semalam berikutan kakitangannya mempunyai kontak rapat dengan kes Covid-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Mohd Zahari Md Azahar memberitahu kakitangan kerajaan negeri dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/10/2020

- Advertisement -