Veteran tentera belum terima bantuan khas

- Advertisement -

KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menggesa kerajaan menyegerakan bantuan khas kewangan kepada bekas anggota tentera terbabit.

Presidennya Dato’ Ismail Abidin berkata, bekas perwira berkenaan juga belum menerima elaun kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebanyak RM500 sumbangan kerajaan Malaysia.

- Advertisement -

“Dianggarkan lebih 60,000 veteran tentera belum lagi menerima bantuan serta elaun yang diberikan secara sekali bayar tersebut,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat Agung Tahunan PVATTBM Perlis semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Mejar Rozali Abd Rahman.

Ismail juga mencadangkan Kementerian Pertahanan menilai semula kaedah penganugerahan PJM yang sebelum ini tertakluk di bawah bidang kuasa Menteri Pertahanan sahaja. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

- Advertisement -