Polis Kelantan bertindak tegas langgar SOP

Foto SHAHRIL LONG
- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu dan pengusaha premis yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, sekarang bukan lagi masa untuk memberi nasihat serta teguran berhubung usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 di negeri itu.

- Advertisement -

Katanya, jumlah kes semakin bertambah menyebabkan pihak polis tidak boleh berkompromi lagi kerana rakyat sudah diberitahu supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kalau berlaku pelanggaran SOP kita tidak teragak-agak akan terus mengenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan dihadiri wakil pelbagai agensi.

Shafien juga berkata polis akan menambah sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan orang ramai sebagai salah langkah mengawal penularan wabak terbabit.

“Langkah terbabit bukan sahaja mengawal penyebaran Covid-19, malah melakukan langkah pencegahan jenayah serta menyekat gejala sosial dalam kalangan belia.

“Sekatang jalan raya sedia ada tiga dan bermula semalam kita tambah jadi enam sekatan jalan raya di sekitar pusat bandar Kota Bharu dan kawasan sempadan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

- Advertisement -