PAS, Umno, Bersatu teras politik umat Islam

- Advertisement -

KANGAR: PAS tetap komited memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dengan melaksanakan piagam yang ditandatangani pada September 2019.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, perkara yang disepakati dalam perjanjian itu boleh membantu perkembangan politik orang Melayu-Islam di negara ini.

- Advertisement -

Begitu juga katanya pemimpin Umno perlu bersungguh-sungguh untuk memperkemaskan MN seperti yang ada sekarang.

“PAS turut mempelawa Bersatu menyertai MN dan pelawaan itu disambut positif pemimpin parti terbabit.

“PAS, Umno dan Bersatu adalah lambang kuasa politik umat Islam di Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau juga berkata, gandingan Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS ternyata diterima baik rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya langkah PAS terbabit bersama PN kerana pandangan jauh pemimpin PAS yang bukan hanya mengambil kira perkembangan yang berlaku di Semenanjung sahaja, malah mencakupi Sabah dan Sarawak.

Tuan Guru Hashim juga menyokong diadakan majlis memperingati ulangtahun penubuhan MN sebagai usaha memperbahurui azam dan kesungguhan bagi memperkasakan lagi muafakat tersebut. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

- Advertisement -