ADUN Penaga dan KEMAS santuni warga emas

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Program Komuniti Sejahtera (PKS) telah dilaksanakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Penaga di sekitar DUN Penaga.

- Advertisement -

Program ini bertujuan mendekati dan menyantuni para penduduk dengan fokus kali ini kepada golongan warga emas yang menetap di Permatang Keriang, Kampung Bakau Tua dan Kampung Pasir Gebu, di sini kelmarin.

Lawatan dari rumah ke rumah ini telah dipandu sendiri ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah bersama Pegawai KEMAS SPU, Salehah Jusoh serta Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS SPU, Mohamad Roslan Shuib.

Pertemuan bersama warga emas dikunjungi telah berlangsung dalam suasana sangat ceria dengan sikap ramah mesra dan prihatin Ustaz Yusni yang sememangnya sudah sangat dikenali dan mudah didekati penduduk.

Sempena lawatan ini, sumbangan wang tunai dan juga bungkusan hamper khas disediakan pihak KEMAS telah disampaikan kepada setiap warga emas yang diziarahi oleh anggota rombongan ini.

Ustaz Yusni memaklumkan, program seumpama ke lapangan yang antara fokusnya bertujuan kebajikan akan sentiasa dipergiatkan di mana beliau juga memanjatkan doa pada setiap mereka dikunjungi itu. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -