GRS mampu selesai kemelut politik Sabah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang kini bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dianggap mampu menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah berkata, perkembangan yang berlaku di Sabah Sabtu lepas menjelaskan GRS menjadi pilihan majoriti rakyat Sabah.

- Advertisement -

Katanya, muafakat parti kompenan GRS menjadi pilihan rakyat untuk meneruskan agenda bagi membangunkan negeri itu.

“Muafakat itu berjaya menyelesaikan kemelut pelantikan ketua menteri baharu selepas GRS dan BN menang pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas,” katanya di sini.

Menurutnya juga pelantikan Pengerusi Bersatu Dato’ Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri baharu diterima dengan terbuka Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Dato’ Seri Bung Mokhtar Radin.

Kata beliau pada peringkat awal kemelut yang berlaku itu dianggap banyak pihak sebagai rumit, mampu diselesaikan dengan jiwa besar semua pihak dalam GRS. – HARAKAHDAILY 29/9/2020

- Advertisement -