Bung Mokhtar buktikan jiwa besarnya

- Advertisement -

SEKITAR 2 minggu sebelum berakhir sidang Dewan Rakyat yang berakhir 27 Ogos yang lalu saya beberapa kali berkebetulan dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Dato’ Bung Mokhtar solat di Surau Parlimen.

Ada sesuatu yang amat menyentuh perasaan saya dan buat saya asyik memerhatikan dari jauh. Bukan sekali tetapi banyak kali. Lama sujudnya Bung. Doanya juga panjang, dan bersungguh dalam doanya sesekali seperti kelihatan ada air mata yang mengalir yang disapunya segera dengan tangannya.

Ada sekali ketika tiada orang lain kecuali saya dan Bung dan YB Ahli Parlimen Pendang (PAS), Hj Awang yang kebetulan ada sama. Selesai Bung berdoa, YB Hj Awang rapat kepada beliau dan berkata Insya-Allah Allah S.W.T Maha Mendengar doa hambaNya yang ikhlas, Maha Pengampun. Saya ada sama ketika itu mengiyakan. Kami beri semangat kepada Bung untuk bangkit. “Sabar Bung, Allah Maha Pengampun, Allah angkat darjat hamba-Nya yang kembali ke jalan-Nya”

- Advertisement -

Ternyata hari ini, Bung Mokhtar membuktikan keikhlasan dan jiwa besar beliau demi rakyat dan negara dengan kepimpinannya di Sabah. Semoga kita semua saling memperkukuhkan perpaduan sesama kita.

“Demi Malaysia Prihatin Yang Berjaya”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Ahli Parlimen Kuala Terengganu. – HARAKAHDAILY 29/9/2020

- Advertisement -