Rakyat Sabah diharap istiqamah bersama PN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemilihan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Dato’ Hajiji Noor diharap memberi sinar baharu kepada rakyat di negeri tersebut.

Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pentadbiran kerajaan Sabah di bawah PN diharap lebih baik.

- Advertisement -

“Pada masa yang sama juga kita berharap rakyat Sabah terus istiqamah bersama kerajaan PN bagi membolehkan mereka menikmati lebih banyak perubahan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Media hari ini melaporkan Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah dipilih menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN menang dengan majoriti mudah Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas.

Pelantikan Ketua Menteri baharu itu turut mendapat sokongan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin.

Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata, isu tertangguh sebelum ini di Sabah diharap dapat dilaksanakan sebaik mungkin. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -