Kelantan mampu lahir pemain berbakat

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tidak mustahil Kelantan akan kembali berada di ‘puncak’ sukan bola sepak di negara ini sekiranya kebajikan pemain dijaga sebaik mungkin.

Ketua Jurulatih Skuad Bawah 22 tahun, Dato’ Ong Kim Swee berkata, Kelantan pernah berada di puncak apabila menjuarai Piala Malaysia sebelum ini.

- Advertisement -

Katanya, dalam sukan bola sepak perkara itu tidak mustahil kembali berulang.

“Namun jurulatih dan mereka yang bertanggungjawab mesti menjaga kebajikan pemain. Pada masa yang sama pemain perlu mengikuti latihan untuk diasah bakat,” ujarnya ketika ditemui semasa menghadiri Seminar Kecemerlangan Pengurusan Persatuan Sukan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat. Ia dianjurkan kerajaan negeri.

Kim Swee yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, Kelantan membuktikan mampu melahirkan pemain berbakat terutamanya di peringkat remaja. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -