Kemenangan GRS indikator penting PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin merupakan suatu indikator bagi rakyat negeri itu yang berhasrat untuk bernaung di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Malah, senario PRN Sabah memberi pandangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat seperti yang digambarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja menjadi indikator buat rakyat Sabah bahkan akan menentukan mood PRU-15 di peringkat nasional kelak.

“Kalau lah di Sabah pun mereka boleh menolak Parti WARISAN, saya amat yakin bahawa di peringkat nasional juga Pakatan Harapan (PH) akan ditolak secara total oleh rakyat sekiranya pilihan raya diadakan dengan segera,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily pada hari ini.

Ujarnya, kerjasama erat antara GRS, Muafakat Nasional (MN), Barisan Nasional (BN) dan PN dalam menghadapi PRN Sabah dan kesepakatan dalam menobatkan Ketua Menterinya yang baharu itu mampu memberikan masa depan yang lebih cerah buat negeri di bawah bayu itu. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -