Ameerah santuni ibu tunggal kematian suami

PERMATANG PAUH: Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan ziarah menyantuni dua ibu tunggal yang baharu sahaja kehilangan suami kerana kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Advertisement

Kunjungan ini dipimpin Ketua Ameerah Permatang Pauh, Musfirah Mokhtar bersama Ahli-ahli Jawatankuasa beliau bertujuan menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan simpati atas ujian dihadapi.

Lawatan ini menjadi sebahagian dari inisiatif di bawah program Ameerah Care yang dilaksanakan secara berkala dalam menyantuni golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim.

Selain menyelami ujian kehidupan dilalui golongan ini, ziarah ini juga mengenalpasti permasalahan dan mengemaskini keperluan golongan tersebut bagi menyusuli keperluan atau bahtuan sewajarnya.

Menurut Musfirah, sumbangan yang diberi bertujuan meringankan beban golongan ini selain merapatkan ukhuwah serta berdakwah dengan mengingatkan mereka akan tanggungjawab terhadap Allah.

Secara tidak langsung inisiatif ini menyerlahkan peranan PAS membawa agenda berkebajikan, selain petugas memenuhi peranan orang beriman untuk membantu golongan memerlukan.

Semua pertemuan dalam ziarah juga disertai dengan sesi bacaan doa memohon kesihatan, kesembuhan dan kesejahteraan pihak yang dikunjungi. – HARAKAHDAILY 28/9/2020