Jika PAS ingin kuasa dan jawatan politik…

- Advertisement -

JIKA PAS ingin kuasa, kedudukan dan jawatan politik semata-mata PAS sudah boleh mendapatkannya dengan kekalkan ianya sebagai Persatuan Islam Se-Malaya semenjak penubuhannya pada tahun 1951 lagi dan menyokong Umno ketika menuntut kemerdekaan dahulu.

Jika PAS ingin kuasa, kedudukan dan jawatan politik semata-mata PAS boleh terus kekal dalam Kerajaan Campuran PAS-Perikatan semenjak 1972 lagi dan kekal bersama BN semenjak 1974.

Jika PAS ingin kuasa, kedudukan dan jawatan politik semata-mata PAS boleh terus bersama Barisan Alternatif (BA), PR dan PH, semenjak PRU ke-10 hingga PRU ke-14. Kenapa PAS tidak bersama dengan mereka ketika di ambang kemenangan?

- Advertisement -

Tapi PAS melontarkan idea penyatuan ummah ketika Umno-BN makin melemah selepas PRU ke-13. PAS memilih bermuafakat dengan Umno-BN ketika BN kalah dalam PRU ke-14. Kenapa perlu bersama dengan parti yang kalah?

Ada sebab kenapa PAS bertindak begitu… Jika anda mengambil sedikit masa untuk menekuni ucapan-ucapan dan kenyataan rasmi pimpinan utama PAS yang banyak boleh diakses di media sosial, anda boleh memahami asbab di sebalik keputusan dan tindakan PAS. 

Tetapi jika dalam kepala anda hanya sekadar kuasa, kedudukan dan habuan pangkat semata-mata… anda akan sulit dan gagal memahami PAS. Perubahan bukan hanya mengenai siapa, tetapi ia berkaitan mengenai apa. Apa agenda, prinsip, dasar, pengisian dan halatuju muafakat itu lebih utama dari siapa yang akan jadi ketua dan kepala semata-mata…

USTAZ HAZMI DIBOK – HARAKAHDAILY 28/9/2020

- Advertisement -