Kempen daftar pemilih di R&R Bagan Ajam

BAGAN: Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen (JPrP) Bagan melalui PAS Cawangan Mengkuang Road telah mengadakan Kempen Daftar Pemilih bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, di sini kelmarin.

Advertisement

Dengan slogan mesra “Kami Cari Anda”, inisiatif secara santai yang merupakan siri kedua selepas kempen sama dilaksanakan di masjid-masjid seluruh Parlimen ini sebelum ini nyata mendapat sambutan.

Kaunter yang dibuka bermula jam 10:00 malam ini telah menjadi ruang pengunjung di mana kebanyakannya adalah anak muda untuk mendapatkan penerangan dan khidmat daftar pemilih menerusi ejen bertugas.

Pengarah JPrP Bagan, Ahmad Taufiq Saedon ketika hadir ke lokasi turut sama membantu Penolong Pendaftar Pemilih, Norhalim Zain yang tidak menang tangan mendaftarkan bakal pemilih-pemilih baharu PRU15 ini.

Ketua PAS Cawangan Mengkuang Road, Azmi Jaafar selaku koordinator kempen pula menyeru anak muda yang telah mencapai usia 21 tahun untuk segera memanfaatkan kempen seperti ini dan menjadi pemilih sah.

Menurutnya, dengan kelayakan selaku pemilih berdaftar, mereka layak untuk membuat pilihan undi pada PRU15 nanti yang sudah tentunya untuk kelangsungan kesejahteraan dan kemajuan negara.

Hadir sama adalah Setiausaha PAS Bagan, Mohd Asri Harun dan Presiden NGO Skuad Kubra, Ustaz Ahmad Sharkawi Ishak yang turut membantu berkempen menjelaskan kepada orang ramai di situ mengenai tanggungjawab tersebut.

Turut menjayakan kempen ini adalah aktivis media sosial iaitu Muhsen Latheff atau Mamu Parpu serta NGO Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) yang memeriahkan lagi usaha ini.

Setiap pengunjung yang hadir ke kaunter ini juga dihadiahkan pelitup muka dan dicerikan dengan pemberian keropok Super Ring di mana menjadi simbolik tular masa kini. – HARAKAHDAILY 28/9/2020