PKPD di 28 mukim di Kota Setar tamat

ALOR SETAR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 mukim di daerah Kota Setar tamat hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob bagaimanapun berkata, PKPD secara bersasar (TEMCO) di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak dilanjutkan sehingga 7 Oktober depan.

Advertisement

“Seramai 94 penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan sembilan daripadanya didapati positif Covid-19 yang melibatkan lima rumah.

“Berikutan itu Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula pada 26 September hingga 9 Oktober 2020,” katanya pada satu kenyataan di laman sosial Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.

Sebelum ini 28 mukim di daerah Kota Setar dikenakan PKPD bermula 11 September lalu berikutan kes penularan wabak berkenaan melibatkan kluster Sungai dan kluster Telaga. – HARAKAHDAILY 25/9/2020