Kerajaan perkemas pengurusan umrah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengurusan berkaitan umrah di negara ini akan dikemaskan bagi mengelak segelintir syarikat yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al Bakri berkata, isu pengurusan kewangan dan perbelanjaan tidak cekap menyebabkan sesetengah syarikat umrah dianggap sebagai penipu.

- Advertisement -

“Ini berlaku kerana tersilap dalam pelan kewangan seperti mereka ambil duit dahulu, lepas pengurusan tidak betul duit habis umrah tak jadi.

“Akhirnya terpaksa jadi macam menipu juga, jadi kita cadangkan adakan satu seminar bagi memperkasakan pengurusan kewangan,” katanya sebagai mengulas mengenai kes perlanggaran perjanjian pakej umrah yang direkodkan antara 2012 dan 2018.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Yadim di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini hari ini.

Sebelum ini Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia melaporkan sebanyak 3,883 kes penipuan umrah yang melibatkan tuntutan lebih RM24.1 juta.

Namun hanya RM10.3 juta daripada jumlah itu dapat diselesaikan. – HARAKAHDAILY 25/9/2020

- Advertisement -