Macam ini rupanya rumah Duta Khas?

- Advertisement -

RAMAI tanya rumah Datuk Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS itu macam mana ya. Nak tambah sikit, bukan Presiden PAS saja, tapi Haji Hadi juga la ini Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah.

Macam inilah, sepanjang jadi wartawan lebih 20 tahun, inilah antara rumah Presiden parti dan juga Menteri paling simple pernah aku pergi. Macam juga rumah Allahyarham Datuk Nik Aziz cuma rumah arwah itu aku tak pernah singgah.

Rumah Haji Hadi atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik ini betul-betul sebelah Masjid Rusila, Marang. Bersih je rumah dan lamannya. Rumah separuh batu, separuh kayu.

- Advertisement -

Ruang tamu kecil saja, boleh memuatkan sofa 3-2-1. Kerusi pun design lama. Adalah satu dua frame ayat suci, framegambar tak ada rasanya.

Sebelah ruang tamu bilik bacaan. Yang ini lebih besar. Penuh buku dan kitab-kitab. Ada sebuah kerusi seperti kerusi malas tempat Ayah Chik membaca dan mentelaah.

Kemudian ada ruang besar yang dipisahkan sebuah pintu. Yang itu pun agak lapang namun tak ada lah kerusi meja mewah Chesterfield bagai.

Sebagai seorang pemimpin besar yang mula join politik sejak tahun 1964, pernah jadi Menteri Besar Terengganu, seorang Presiden parti dan kini Duta bertaraf Menteri, memang seriously macam tak percaya punyalah simple lifeAyah Chik yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Madinah dan Sarjana (Master) dari Universiti Al-Azhar ini.

Rasanya rumah ketua kampung aku lagi besar dan mewah. Saja je nak kongsi. Sebab ko tanya kan, so aku jawable ahaks.

Jangan lupa saksikan temubual eksklusif Malaysia Gazette dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak lama lagi… hanya yang terbaik, untuk anda.

SYAHRIL A. KADIR – HARAKAHDAILY 23/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -