Terima Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra

- Advertisement -

KANGAR: Empat pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di negeri ini menerima Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YSTP) Perlis.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan anugerah berupa pingat, sijil dan hadiah wang tunai RM1,000 itu kepada setiap penerima dalam satu majlis di sini semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman.

- Advertisement -

Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar menerima anugerah tersebut iaitu Chuah Bee Tian yang mendapat keputusan 11A, Lee Jing Yao (9A) dan Alia Natasha Salleh (7A), manakala seorang lagi penerima ialah daripada  SMK  Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, iaitu Aina Shaza Hashini (8A).

Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyampaikan Anugerah Kepujian SPM 2019 kepada lima pelajar dan mereka menerima sijil serta wang tunai RM500 setiap seorang.

Seramai 34 pelajar memperoleh keputusan memberangsangkan pada SPM tahun lepas pula menerima anugerah khas berupa sijil dan wang tunai RM300 setiap seorang. – BERNAMA

- Advertisement -