Lapor polis pihak persenda gambar Senator

Gambar Ustaz Ahmad Yahaya digunakan dalam aplikasi permainan judi
- Advertisement -

ALOR SETAR: Senator Ustaz Ahmad Yahaya tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pihak yang menggunakan gambarnya dalam aplikasi permainan judi.

Katanya tindakan golongan tidak bertanggungjawab itu dianggap sengaja mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pemimpin PAS.

- Advertisement -

“Saya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan perkara tersebut.

“Saya kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang menggunakan gambar saya,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sehari dua ini tular di media sosial gambar Pesuruhjaya PAS Kedah digunakan dalam aplikasi permainan judi Maxplus96 di media sosial.

Sementara itu dalam perkembangan lain sebanyak 80 keluarga di perumahan rumah pangsa Tongkang Yard yang terputus bekalan makanan mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Tidak sampai 24 jam selepas aduan itu diterima, petugas sukarelawan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menghantar bantuan dan bekalan ke situ,” kata jurucakap Pejabat Menteri Besar. – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -