Adun lepas 16,000 benih anak ikan

- Advertisement -

KUALA KRAI: Sebanyak 16,000 benih anak ikan dilepaskan di Sungai Lebir di Kampung Gajah Dun Manek Urai bagi meningkat sumber rezeki nelayan sungai.

- Advertisement -

Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah berkata, benih anak ikan yang dilepas iaitu 1,000 ikan kelah, 7,000 ikan Lampan Sungai dan 8,000 ekor ikan Krai Kunyit.

Katanya, program tersebut diharap dapat menjana pendapatan penduduk tempatan yang mencari rezeki dengan menangkap ikan.

“Jangan pula ada dalam kalangan penduduk yang mengambil jalan mudah dengan menjalankan aktiviti menuba ikan,” katanya pada program tersebut hari ini.

Program berkenaan dianjur Jabatan Perikanan Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Manek Urai dan Komuniti Nelayan Darat.

Turut hadir Penolong Pegawai Perikanan Kuala Krai Mohd Hazizi Ismail, penghulu-penghulu Dun Manek Urai dan wakil Komuniti Nelayan Darat. – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -