LKK adakan Kembara Kebajikan, Santai Hi-Tea

- Advertisement -

KUALA PILAH: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Sembilan telah melaksanakan program Kembara Kebajikan dan Santai Hi-Tea di Hotel Melang Inn, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program melibatkan aktivis kebajikan daripada seluruh negeri ini telah bersama dengan Pengerusi (LKK) PAS Pusat, Dr Rosni Adam bersama anggota jawatankuasa beliau.

Turut bersama adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha dan wakil BERSATU Kuala Pilah, Normah Mohd Nor serta wakil Umno Kuala Pilah, Zuraida Dato’ Arifin.

Dr Rosni dalam ucapannya menegaskan peranan setiap anggota LKK PAS dalam merealisasikan PAS sebagai sebuah parti yang melaksanakan agenda berkebajikan kepada rakyat.

Dalam sesi dialog telah berlaku perbincangan dan kesepakatan bersama hadirin betapa usaha ziarah dan sumbangan kebajikan adalah antara keprihatinan yang mesti giat ditonjolkan.

Sempena majlis ini juga telah diserahkan sumbangan komputer riba, barang keperluan asas serta penyerahan borang ahli seramai 25 orang untuk penubuhan PAS Cawangan PAS di Geduhom.

Kesempatan juga diberikan oleh Dr Rosni dan rombongannya berkembara menziarahi dan menyampaikan sumbangan kebajikan ke beberapa kediaman MOSWAY di sekitar Melang.

Hadir sama adalah Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan, Ishak Omar dan Pengerusi LKK PAS Kuala Pilah, Norfaizah Yusof. – HARAKAHDAILY 21/9/2020

- Advertisement -