Ziarah kebajikan jadi peringatan untuk diri

- Advertisement -

SRI GADING: Muslimat PAS Kawasan Sri Gading telah menziarahi keluarga ahlinya, Salina Dirin berikutan kemalangan menimpa anaknya berumur 13 tahun di Kampung Parit Kassim, Tongkang Pechah, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Dipimpin Ketua Muslimat PAS Sri Gading, Baesah Gasar, rombongan telah menyampaikan sumbangan buat Salina yang merupakan Pembantu PASTI Lukmanul Hakim dengan harapan meringankan kesulitan ditanggungnya.

Ketika lawatan ini, anak Salina masih dirawat di hospital, namun menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Sri Gading, Esah Ismail ziarah itu sebagai tanda keprihatinan, selain mengeratkan ukhuwah.

“Program seperti ini sudah menjadi kewajiban kepada kami Muslimat. Ini antara cara kita memberitahu dan menunjukkan rasa kasih bukan hanya kepada ahli, tetapi sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Aktiviti seumpama ini juga mampu memperingatkan diri bahawa rezeki, qada’ dan qadar itu adalah hak Allah. In sya Allah akan ada insan mulia infaq wang ringgit demi meringankan beban sahabat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/9/2020

- Advertisement -