Minuman percuma eratkan hubungan

SRI GADING: PAS Kawasan Sri Gading dan PAS Cawangan Parit Yaani telah menyediakan minuman percuma sebagai antara usaha merapatkan hubungan bersama masyarakat setempat di Parit Banyumas, di sini kelmarin.

Advertisement

Program selepas solat Jumaat ini dipimpin Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sri Gading, Ishak Sharif ini turut diadakan dengan kerjasama NGO Sri Gading Care ini turut dirai oleh Yang DiPertua PAS Sri Gading, Lt Kol (B) M Ashaari Sidon.

Menurut Ashaari, beliau mengalu inisiatif seperti itu menjadi antara aktiviti boleh dilaksanakan PAS Cawangan-cawangan dalam hubungan bersama masyarakat.

Beliau juga berharap usaha kecil seperti itu tidak diperkecilkan, selain menunjukkan PAS tidak hanya terperuk di surau dan masjid.

Hadir sama Setiusaha PAS Sri Gading, Ramli Shahid dan Ketua PAS Parit Yaani, Samson Jamil. – HARAKAHDAILY 20/9/2020