Tarikh Bersatu rasmi sertai MN ditunda

- Advertisement -

KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) setuju menerima Bersatu sebagai ahli baharu, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, 14 September sepatutnya dijadikan tarikh bagi mengumumkan penyertaan itu bagi memperkuatkan lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Katanya, biarpun Umno mempunyai masalah dengan parti serpihannya itu, namun perselisihan terpaksa diketepikan bagi memastikan kerajaan PN terus kekal.

“Tarikh 14 September sepatutnya sambutan tahun pertama Muafakat Nasional dan kita sudah setuju Bersatu menyertainya.

“Oleh kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa ditangguhkan kemungkinan hujung bulan ini kita akan buat semula majlis tersebut,” katanya pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Kubang Kerian di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Abdul Rahman Yunus; Timbalan YDP Dato’ Mumtaz Md Nawi; Naib YDP Ustaz Mohd Asri Daud dan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar.

Tuan Ibrahim yang ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau memahami perasaan Umno kerana terpaksa bekerjasama semula dengan Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -