Rumah dibadai ribut dibaiki segera

- Advertisement -

SETIU: Rumah yang rosak akibat dibadai ribut di beberapa kampung di Jabi petang semalam akan mulai dibaiki hari ini.

Adun Jabi Dr Azman Ibrahim berkata, kejadian ribut yang disertai hujan lebat berlaku selepas waktu Asar telah membadai beberapa buah kampung antaranya Kampung Oh, Kampung Renek, Kampung Bharu Tok Dor, Padang Lengkuas dan Sri Aman.

- Advertisement -

Akibat daripada kejadian itu menyebabkan 30 buah rumah mengalami kerosakan.

“Terdapat beberapa rumah ditimpa pokok tumbang. Ada pokok tumbang di atas pembahagi jalan di Pekan Jabi.

“Alhamdulillah hanya atap, siling dan sebahagian dinding sahaja yang rosak. Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan akibat ribut berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di sekitar Jabi petang semalam.

Azman turut merakamkan ucapan terima kasih atas tindakan pantas kakitangan Pejabat Adun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mengalih pokok-pokok tumbang yang menghalang lalu lintas. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -