Empangan Lebir atasi masalah banjir di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Masalah banjir yang sering melanda di kawasan hulu Kelantan dijangka dapat di atasi apabila kerajaan Persekutuan melulus pembinaan sebuah empangan di Lebir Kuala Krai.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek yang bernilai RM3.5 bilion itu bagi mengatasi masalah banjir dirancang di bawah Rancangan Malaysia (RMK) 12.

- Advertisement -

Katanya, projek jangka panjang tersebut bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjadi perancang projek berkenaan. Projek ini sudah diluluskan dan akan dibina tidak lama lagi.

“Pembinaan empangan tersebut dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir yang berlaku di Kelantan,” katanya pada majlis penyerahan dan perasmian projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu di sini petang semalam.

Turut hadir anggota exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi, Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus, Presiden Yayasan Amal Hussin Ismail dan seorang penyelidik Prof Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -