Konvoi Muhibah Hari Malaysia PAS Batu

- Advertisement -

BATU: PAS Kawasan Batu telah mengadakan Konvoi Muhibbah sempena Hari Malaysia melibatkan lebih 100 peserta dalam memupuk semangat cintakan negara yang dilangsungkan sekitar Parlimen Batu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Antara pimpinan yang hadir adalah Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya, Shamsuddin Ghazali dan Abu Bakar Abdul Rahman, serta Ketua Muslimat PAS Batu, Salbiah Abd Wahab.

Konvoi bermotor kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Azhar yang sekali gus juga telah serentak melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Batu di Taman Wilayah.

“Hari Malaysia adalah Hari Penyatuan. Membawa bendera Malaysia dan PAS pada Hari Malaysia ini bukan semata kita mahu memenangi kerusi di dalam pilihan raya tetapi sesuatu yang lebih jauh matlamat yang hendak dicapai.

“Kita mahu lebih ramai orang bersatu bersama Islam dan mengembalikan manusia itu sendiri sebagai Hamba Allah S.W.T,” ujarnya.

Pergerakkan Konvoi bermotor kali ini telah bermula di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dan kemudian ke tujuh destinasi terpilih iaitu Sentul Utama, Dato’ Senu, UTC Sentul, Maxim Citylight, Batu Muda, Taman Beringin dan Taman Wilayah.

Aktiviti Konvoi Bermotor ini juga merupakan aktiviti berkala anjuran PAS Kawasan Batu bersama penduduk setempat.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Naib Ketua Muslimat PAS  Batu, Ustazah Hasliza Zainol dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Batu, Ahmad Khairul Ridwan Mohamed Hanif.

Wakil-wakil dari As-Sabiqun, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan juga turut tidak ketinggalan bersama memeriahkan lagi pergerakan tersebut. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

- Advertisement -