Penduduk terjejas PKPD dibantu kerajaan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah komited membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keutamaan bantuan akan diberikan kepada golongan yang terputus bekalan antaranya peniaga kecil yang tidak dapat menjalan perniagaan.

- Advertisement -

Selain itu katanya, penduduk yang tidak tersenarai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Di daerah Kota Setar yang dikenakan PKPD terdapat 5,600 penerima bantuan JKM, 600 pemegang kad KIDA dan ramai yang menerima bantuan bulanan LZNK.

“Fokus kita penduduk yang terputus bekalan terutamanya peniaga yang hilang punca pendapatan akibat perlaksanaan PKPD,” katanya pada sidang media ketika melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar semalam.

Oleh itu katanya, pemanggil di talian Hotline PKOB Daerah Kota Setar perlu ditapis dahulu untuk mengelak sumbangan tersebut tidak kepada sasarannya.

Sehingga 16 September sebanyak 203 keluarga menerima sumbangan setelah dibuat tapisan.

Muhammad Sanusi juga berkata, kerajaan berusaha memastikan golongan sasaran menerima bantuan dalam tempoh sehari selepas membuat panggilan.

“Saya berharap penghulu di 28 mukim yang terlibat dan lapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat mengenal pasti sasaran penerima,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/9/2020

- Advertisement -