Tidak hilang deposit PAS tanding di Sabah

Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Sejak PAS ditubuh pada 1986 di Sabah parti itu menyertai pilihan raya dan pernah bertanding di tiga kawasan parlimen, namun tidak pernah hilang deposit.

Perwakilan Sabah Dr Ali Akbar Gulasan bagaimanapun katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini malangnya PAS tidak bertanding.

Advertisement

Biarpun begitu katanya tidak meletak calon bukan bermakna PAS disisihkan bersama Perikatan Nasional (PN) di Sabah.

“Apapun kita tetap terus bekerja bagi memastikan Perikatan Nasional akan menang pada PRN tersebut.

“Jentera PAS di Sabah jangan dirisaukan, kami setia dan patuh terhadap arahan presiden,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden pada muktamar PAS kali ke-66 di PUTIK hari ini.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Khir Muntanazar Ismail berkata, tidak ada penyelesaian dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia kecuali dengan kaedah Islam.

Beliau juga berkata, PAS hendaklah berusaha untuk memastikan kedudukan PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional sekarang dapat mendekatkan pentadbiran di kementerian dengan acuan Islam. – HARAKAHDAILY 13/9/2020