PRN Sabah: PAS nafi empat kawasan dibubarkan

KALABAKAN: PAS Sabah menafikan adanya empat kawasan yang dibubarkan dan tiada ahli yang menyertai PKR dan Warisan.

Sebagaimana yang didakwa oleh Mohd Asri Bakar dalam Facebook peribadinya.

Advertisement

“Ahli-ahli PAS Sabah kekal istiqamah dengan PAS dan kepimpinannya,” kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah.

Beliau mengingatkan mana-mana pihak tertentu jika ada niat dan hasrat untuk memecah belahkan ahli-ahli PAS di Sabah ‘eloklah berfikir seribu kali’.

Ahli-ahli PAS Sabah katanya telah diasuh dengan tarbiyah, patuh dan taat kepada pimpinan yang merupakan kunci kepada kejayaan. – HARAKAHDAILY 13/9/2020