MN gabungan parti politik di Semenanjung

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli dan penyokong PAS di seluruh negara tidak perlu keliru terhadap konsep Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muafakat Nasional ialah gabungan parti-parti di Semenanjung Malaysia.

- Advertisement -

Manakala Perikatan Nasional pula gabungan turut melibatkan parti dari Sabah dan Sarawak.

“Namun MN akan diperkasakan lagi dengan kemasukan Bersatu secara rasmi tidak lama lagi,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar sempena muktamar PAS kali ke-66 di PUTIK petang ini.

Beliau juga berkata, kerjasama tersebut mempunyai jawatankuasa teknikal bagi membincangkan isu-isu berbangkit.

Selain itu Perikatan Nasional pula sudah ditubuh secara rasmi. Tuan Ibrahim juga berkata, MN mempunyai jawatankuasa majlis presiden yang disertai tiga parti bagi memutuskan perkara-perkara dasar.

Menurutnya juga ketika lawatan kawasan yang ada potensi untuk bertanding Sabah baru-baru ini beliau melihat sendiri persiapan yang dilakukan jentera PAS.

“Saya melawat lokasi tersebut di mana petugas PAS kawasan berkenaan sudah bersiap di mana sudah siap dengan bilik gerakan dan penyediaan logo parti.

“Mereka bekerja dan sudah membuat persediaan rapi. Ini tentunya ada yang kecewa kerana tidak dapat bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Namun saya jelaskan usaha mereka tidak sia-sia dalam usaha dakwah di Sabah biarpun tidak diberi peluang bertanding pada kali ini. Mereka akur dengan keputusan itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

- Advertisement -