Dewan Ulamak kawasan kumpul pendakwah

- Advertisement -

MACHANG: Penubuhan Dewan Ulamak PAS kawasan mengambil masa disebabkan urusannya agak tergendala kerana berdepan penularan wabak Covid-19.

Ketuanya Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berkata, penubuhan Dewan Ulamak PAS kawasan diharap dapat mempertingkatkan peranan ulamak dalam masyarakat.

- Advertisement -

“Pendakwah dan ulamak di peringkat kawasan dapat dihimpunkan dalam Dewan Ulamak PAS kawasan yang akan menjadi realiti tidak lama lagi,” katanya pada ucapan dasar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-59 di Markas Dewan PAS Kelantan di Labok hari ini.

Menurutnya juga Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan dijangka akan membuat pengumuman mengenai penubuhan Dewan Ulamak PAS kawasan dalam masa terdekat ini.

Beliau juga berharap ulamak bergiat aktif menggunakan kuasa media sosial bagi menyebarkan dakwah dalam masyarakat.

Katanya juga ulamak hendaklah terbabit bersama al-Fateh Siber sebagai medium untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Kata beliau ulamak perlu menggunakan kuasa yang ada pada media sosial yang begitu berkuasa sekarang bagi manfaat umat Islam. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -