DMPM pilih 20 perwakilan ke Muktamar Pusat

KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 hari ini memilih 20 wakil untuk ke Muktamar PAS Pusat ke-66 yang akan berlangsung esok di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Mereka yang dipilih di peringkat negeri dan DMPM antaranya, Ustazah Salamiah Mohd Nor, Senator Ustazah Asmak Husin, Dr Mardiyah Hayati Salleh, Dr Uzaimah Ibrahim, Fairuz Idris, Salmah Ab Latif, Mardhiah Hayati Zolkeplai, Hasnah Mohd Idris, Fadzilah Abu Hassan, Wan Hamidah Wan Daud, Norazlin Md Samsudin, Sharifah Rasyida Sayed Idrus, Rihani Ibrahim, Zuraida Md Noor, Kintan Man, Fazilah Abu Samah, Normala Sudirman, Fatimah Wan Adini, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Aziah Saad.

Advertisement

Menurut Setiausaha Muktamar Tahunan DMPM, Dr Nurul Hani Ali, pihak sekreteriat telah mengambil inisiatif awal bagi memudahkan gerak kerja pihak sekreteriat di peringkat Pejabat Agong PAS.

Justeru itu, katanya pihak sekreteriat telah meminta setiap negeri mencadangkan nama-nama untuk dihantar sebagai wakil bagi pemilihan.

Pemilihan itu dibuat dan dicadangkan oleh negeri masing-masing, selebihnya daripada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) DMPM.

Bagaimanapun, cadangan nama-nama perwakilan untuk dibawa ke Muktamar Tahunan PAS telah mendapat sokongan.

Sejak semalam berlangsung Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia di Hotel Premiera, berhampiran Menara MARA Kuala Lumpur di sini.

Acara perasmian yang berlangsung semalam dibuat dalam suasana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 dengan keterhadan para tetamu jemputan dan perwakilan. – HARAKAHDAILY 12/9/2020