Tingkat kemahiran guna media sosial untuk PRU15

INDERA MAHKOTA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan Bengkel Pemantapan Jentera bagi persediaan menghadapi PRU15 di PUTRA Balok, di sini kelmarin.

Advertisement

“Objektif bengkel ini diadakan, adalah untuk melatih dan  memantapkan lagi tenaga Muslimat khususnya penggunaan media sosial dalam gerak kerja pilihan raya.

“Selain dari menyantuni pengundi, Muslimat juga kena cakna kepada ahli keluarga pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pemilih dan membantu melicinkan gerak kerja daftar pemilih dengan segera,” kata Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Indera Mahkota, Salbiah Seeni Abdul.

Beliau mengharapkan semua peserta bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dan melaksanakannya di Cawangan masing-masing dengan gerak kerja lebih tersusun rapi.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 64 peserta termasuk dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Paya Besar dan Kuantan yang menerima bimbing langsung dari Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya, Wan Anis Masila Wan Abdullah Sani.

Bengkel ini sangat membantu peserta untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya secara bersistematik dan mempelajari teknik penggunaan media sosial secara berkesan. – HARAKAHDAILY 6/9/2020