Kelantan guna platform digital sebar maklumat

- Advertisement -

BACHOK: Kerajaan Kelantan mengorak langkah mendigitalkan penyebaran maklumat kepada rakyat melalui aplikasi media baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, usaha itu direalisasikan menerusi penggunaan aplikasi termasuk Instagram, Twitter, Youtube dan Facebook bagi menyebarkan maklumat kerajaan negeri kepada orang ramai.

- Advertisement -

Katanya, maklumat itu disebarkan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) yang boleh dilihat secara terbuka oleh orang ramai.

“Kita mahu supaya berita mengenai Kelantan dilayari di seluruh dunia dan bukan hanya rakyat Kelantan dan Malaysia sahaja,” katanya ketika merasmikan pelancaran Penyiaran Digital Kelantan 2020 di Dataran Pantai Irama di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Exco Dr Md Yusnan Yusof, Adun Jelawat Abdul Azziz Kadir, Ketua Jajahan Bachok Mohd Farid Abdul Razak dan Pengarah UPKN Zulkifli Mamat.

Mohd Nassuruddin juga berkata, program berkenaan merupakan sebahagian acara sambutan Tiga Dekad Pemerintahan PAS di Kelantan yang bermula Oktober 1990. – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -