Adik Asma’ perlu keprihatinan jalani rawatan

- Advertisement -

BERAT mata memandang mungkin tidak setara dengan beratnya hati suami isteri pasangan muda, Khairul Fahmi Khairuddin dan Siti Nurazlin Anip tatkala menerima perkhabaran duka daripada pakar perubatan.

Anak syurga yang diberi nama Asma’ Nur Iman Khairul Fahmi telah disahkan mengidap penyakit ‘Congenital Toxoplasmosis’ iaitu sejenis penyakit jangkitan kuman pada otak dan mata kanan yang telah mengakibatkan bola mata baby Asma’ tidak terbentuk sempurna dan buta sejak dari dalam rahim lagi.

Ketidakbolehupayaan ini menyebabkan bayi syurga ini menghadapi kesukaran menjalani aktiviti dan kehidupan seharian tidak seperti bayi seusia lain lebih setahun enam bulan yang lalu.

- Advertisement -

Walau begitu, ujian ini tidak sekali-kali mematahkan hati dan semangat ibu bapa serta ahli keluarga yang berasal dari Lembah Jaya, Simpang Pelangai, Kuala Pilah ini berikhtiar dan berusaha serta bertawakal kepada Allah walaupun baru-baru ini doktor mengesahkan si anak juga mengidap penyakit ‘minor autism and semi hyperactive’.

Sudah lebih setahun Khairul tanpa lelah telah berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebanyak tiga kali sebulan membawa baby Asma’ menjalani rawatan.

Selain itu, baby Asma’ juga sedang menjalani ‘Fisio and Occupational Therapy’ sebanyak 10 kali sebulan di Hospital Seremban selain rutin rawatan sebulan sekali di Pilah. 

Kini doktor pakar sedang memantau keadaan baby Asma’ bagi membolehkan mereka melakukan pembedahan tonsil dan pembedahan mata palsu pada bulan November nanti, insya-Allah.

Memandangkan kos perawatan terapi baby Asma’ agak tinggi dan keterbatasan kemampuan Khairul Fahmi yang hanya berkerja sendiri, PAS DUN Pelangai dengan sepenuh kerendahan hati mengalu-alukan sumbangan prihatin sahabat budiman berhati mulia sekalian bagi membantu pasangan suami isteri muda ini menampung kos rawatan terapi anakanda tercinta Asma’ Nur Iman berjumlah RM10,800 bagi enam bulan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7023553789 atas nama Siti Nurazlin Anip. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu atau ayah baby Asma’ di talian: +60102579272

Semoga Allah merahmati dan mengganjarkan pahala yang terbaik di sisi-Nya atas segala kebaikan dan keprihatinan sahabat budiman sekalian.

Sabda Rasulullah S.A.W: 

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” 

(Hadis riwayat at-Tabrani) 

KHAULAH AL AZWAR – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -