PAS DUN Manjoi rancak bantu ibu tunggal

- Advertisement -

TAMBUN: Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Manjoi telah menganjurkan program kemasyarakatan melibatkan kebajikan ibu tunggal dengan membantu mereka mengisi borang bantuan khas kerajaan bertempat di Kampung Tengku Hussin, Manjoi, di sini semalam.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Pertubuhan Prihatin Rakyat Kinta, Ustaz Hafez Sabri, kebajikan golongan tersebut merupakan tanggungjawab yang mesti diberi perhatian sewajarnya seperti para asnaf lain tanpa ada sebarang bentuk diskriminasi ke atas mereka.

Inisiatif khidmat panduan mengisi borang bantuan one-off dan e-Wallet disediakan pihak kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu telah dijayakan dengan penglibatan Muslimat PAS Kawasan Tambun.

Usaha ini dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusof di mana pihaknya membantu bagi kelancaran untuk para ibu tunggal yang layak itu untuk menerima bantuan telah diperuntukan tersebut menerusi permohonan lengkap diajukan.

Turut dijayakan sempena program ini adalah kaunter khas kaunseling secara percuma yang sekali gus menyantuni hal-hal permasalahan dihadapi golongan ibu tunggal dalam kehidupan seharian mereka.

Yusmaliza turut memaklumkan komitmen pihaknya untuk mempergiatkan lagi inisiatif seumpama dalam membantu golongan tersebut menerusi program berkala yang disusun dari masa ke semasa.

Pimpinan PAS Tambun yang turut hadir adalah Setiausaha, Syed Nor Hisham Syed Hassan dan Ketua Penerangan, Ustaz Rosli Azizan serta Ketua PAS Zon Meru, Ustaz Zabidi Zainal Abidin. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

- Advertisement -