Pertahan PN demi kepentingan ummah

Foto RIZAL TAHIR

TUMPAT: Anak muda di negara ini perlu mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya kepentingan umat Islam dan hak orang Melayu terus dipertahankan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) rakyat berdepan dengan suasana tidak selesa.

Advertisement

Katanya, hampir setiap hari dalam tempoh tersebut muncul pihak yang berani mencabar ketuanan Melayu dan Islam.

“Mereka menggunakan media sosial bagi mencabar hak-hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

“Lebih parah lagi ada yang berani mencabar Raja-Raja Melayu,” katanya pada perasmian Kembara Merdeka Jajahan Tumpat 2020 di Pantai Geting dekat sini, hari ini.

Program berkenaan anjuran bersama Kelab Cakna Anak Muda Tumpat dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Kelaboran, MTD Wakaf Bharu dan MTD Pasir Pekan.

Turut hadir Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan, Adun Wakaf Bharu Muhd Rusli Abdullah dan Penasihat kelab berkenaan Ustaz Hushaimi Husian. – HARAKAHDAILY 31/8/2020